Macam best je pergi jalan-jalan ke Yogyakarta ni, tu pondok atas pokok ke tu macam mana nak naik tu? Tak gayat ke woi. Dorang ni ke Yokyakarta Indonesia 4 hari 3 malam hanya RM 440 seorang.
Kos tersebut dah merangkumi semua sekali iaitu tiket kapal terbang pergi dan balik, penginapan, pengangkutan, makanan dan lain-lain. Jom baca!
Trip 4 hari 3 malam ke Yogyakarta cuma RM 440 (flight ticket, accomodation, transport & makan)
Sbb ramai yg mintak share itinerary, nie haa nak share lah serba sedikit utk trip yogyakarta 4 day 3 night. (kalau nk soft copy pon boleh – lg detail). Budget termasuk flight, accomodation, transport and makan, just RM440. Rate time aku tukar hari tue 1 juta rupiah = RM303.
Hari Pertama
-Flight ticket return KL-JOG-KL (RM68)
-naik bas Trans Jogja dari Airport ke EDU Hostel (IDR3600)
-EDU Hostel for 3 night (IDR240K)
-beca pergi balik dari hostel ke Malioboro Street share 2 org (IDR20K/pax)
-dinner dkt lesehan Malioboro (IDR20K)
-jalan2 + shopping dkt Malioboro Street
Hari Kedua
-van + supir utk dua hari share 11 org (IDR182K/pax)
-sunrise Gunung Merapi
*sewa jeep share 4 org (IDR96K/pax)
-breakfast (IDR25K)
-borobudur harga student card (IDR130K)
-Kalibiru entrance (IDR5K) , spot 1 (IDR15K), 4 photo soft copy (IDR20K)
-Lunch (IDR12K)
-Alun2 kidul basikal berlampu share 6 org (IDR5000/pax)
-jalan2 + shopping dkt Malioboro Street
-beca balik ke hostel share 2 org (IDR10K/pax)
Hari Ketiga
-hutan pinus
-ojek motor + entrance Pantai Timang (IDR22K)
-beca pergi Pasar Beringharjo share 2 orang (IDR10k/pax)
-jalan2 + shopping dkt Pasar Beringharjo
-balik hostel naik kereta kuda share 6 org (IDR17K)
-bas ke Airport (IDR3600)
-Balik KL
Notes
* Bakpia yg sedap bakpia 25 (beli hari last sbb dia kuih)
*Lesehan area Malioboro agak mahal berbanding restoran
*kalau nak beli simcard, beli simcard simPATI
*shopping murah dkt luar borobudur (ada kedai2). Jgn beli dkt org yg jual dkt pintu masuk borobudur, mahal.
*kalibiru ada spot 1, 2, 3, panggung utk gambar (harga lain2)
*naik ojek motor jalan ke Pantai Timang agak mencabar
*Lobster 1kg boleh dpt 5-6 ekor harga 350-400K siap nasi tahu tempe air
*Pasar Beringharjo tempat syurga shopping. Paling murah antara tempat yg lain. Bukak 9 am – 3 pm. Batik, kain ela, kebaya, sourvenir n mcm2 lagi.
Bila bercakap mengenai 1Malaysia, kita sering mengaitkannya dengan makanan, bangsa, pendidikan atau aktiviti kegemaran semua iaitu membeli-belah. Namun, tidak kurang juga ada yang minat melancong. Malah statistik Jabatan Pelancongan negara menunjukkan rakyat Malaysia membelanjakan sekitar RM41.2 billion pada 2014 untuk melancong dalam negara sahaja!
Ternyata penduduk negara ini gemar melancong ditambah lagi dengan kemunculan pelbagai kempen dan pesta pelancongan yang ada setiap tahun. Tetapi, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana mendapatkan percutian yang menarik dan selesa dengan perbelanjaan yang rendah. Kami senaraikan 10 tips untuk rujukan anda.
1. Bercuti di waktu off-peak season
Harga tempahan bilik dan penerbangan semasa musim cuti sekolah, cuti perayaan atau hujung minggu lazimnya lebih tinggi. Ia digelar waktu ‘peak season’ atau waktu puncak. Untuk perjalanan lebih menguntungkan, pilih waktu bukan puncak (off-peak season). Kurang mahal malah tidak perlu menempuhi kesesakan lalu lintas!
2. Pilih destinasi yang kurang dikunjungi orang ramai
Destinasi tempatan juga menawarkan pelbagai pakej menarik dengan harga berpatutan. Jika anda penggemar alam sekitar, boleh mencuba untuk bermalam beberapa hari di Hutan Royal Belum di Gerik, Perak atau ke Taman Negara Pahang. Ataupun pergi berenang dan menyelam di sekitar Pulau Aur di Johor, Pulau Tenggol, Terengganu atau Pulau Bohey Dulang di Sabah. Sedikit sebanyak kita akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan ini.
3. Periksa waktu terbaik untuk berjalan-jalan ke destinasi ditujui
Umum mengetahui kedudukan Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa mempunyai dua musim iaitu musim tengkujuh dan musim panas. Musim tengkujuh kebiasaannya antara bulan November hingga bulan Mac. Waktu ini angin yang kuat dan hujan lebat melanda pantai timur Semenanjung negara dan sama-sekali tidak sesuai untuk aktiviti pantai. Maka anda boleh memilih untuk bercuti di bahagian pantai barat Semenanjung sepanjang tempoh itu.
4. Beli tiket penerbangan selepas tengah malam
Pembelian tiket penerbangan selepas tengah malam adalah lebih baik bukan sahaja kerana lebih sedikit orang yang melayari laman web berkenaan, malah kadang-kala anda juga boleh mendapatkan tawaran lebih murah. Kita perlu sedikit tabah untuk memperoleh hasil yang lebih baik, betul tak?
5. Buangkan ‘cookies’ enjin carian setiap kali membuat pembelian tiket penerbangan
Tahukah anda semakin banyak rekod pencarian anda disimpan dalam rekod ‘cookies’ enjin carian anda, semakin tinggi harga yang akan diperolehi? Ini adalah satu muslihat yang ramai mungkin tidak sedar. Untuk penjimatan berganda, jangan lupa bersihkan rekod ‘cookies’ anda!
6. Pembelian tiket penerbangan paling murah antara hari Selasa dan Rabu
Ini kerana tidak ramai penumpang yang terbang pada hari- hari berkenaan. Hari Isnin masih mengekalkan harga yang tinggi kerana kebanyakan orang mempunyai urusan kerja di mana-mana negeri pada hari itu. Kemudian mereka akan pulang selepas beberapa hari, kebiasaannya hari Khamis atau Jumaat. Seterusnya hujung minggu adalah waktu puncak.
7. Pilih tempat penginapan yang murah
Ramai yang mahukan tempat penginapan yang selesa untuk diri sendiri dan juga keluarga. Kini Malaysia mempunyai rangkaian pilihan yang lebih meluas dengan harga lebih jimat. Bagi yang berkeluarga, anda boleh memilih untuk tinggal di rumah inap (homestay). Semakin ramai yang membuat perkhidmatan ini yang bukan sahaja selesa malah lebih murah untuk ditinggal dalam jumlah yang ramai.
Atau bagi yang lebih gemar melancong secara backpack, anda juga boleh menyewa di dormitori. Di sini, anda boleh menambah kenalan dari pelbagai latar belakang, bangsa dan negara kerana persekitarannya yang lebih terbuka. Barulah 1Malaysia!
8. Tempah penginapan lebih awal
Sesetengah orang bagaimanapun lebih selesa untuk menginap di hotel berdasarkan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih memuaskan. Dengan kemudahan teknologi sekarang, ia lebih mudah untuk membuat tempahan penginapan dengan lebih awal. Anda boleh memeriksa julat harga antara satu tempat ke tempat lain di laman-laman enjin carian hotel seperti Agoda dan Booking.com yang menawarkan banyak pilihan.
Sesetengah tempat memerlukan anda membuat pembayaran deposit untuk menjamin tempat. Bagi yang tidak memerlukan deposit, pastikan anda tiba di tempat penginapan ditempah pada waktu ditetapkan dan membayar tempahan dijanjikan. Sebagai sebuah masyarakat dalam sebuah negara yang menuju konsep negara berpendapatan tinggi, integriti setiap orang memainkan peranan penting. Kita harus jujur,amanah dan bertanggungjawab dengan tindakan kita supaya memudahkan pihak penginapan melakukan tugas mereka.
9. Gunakan pengangkutan awam untuk melancong
Sekarang ini, lebih banyak pengangkutan awam yang menghubungkan satu negeri ke negeri yang lain disediakan di seluruh negara. Ini bermakna semakin mudah untuk kita bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Contohnya, kemudahan kereta api ETS terbaru yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Padang Besar, Perlis hanya mengambil masa kurang 5 jam. Ia turut menyediakan kantin dan sistem televisyen untuk menemani perjalanan anda. Bayangkan betapa selesa dan mudahnya untuk kita melancong sekarang! Tak perlu lagi memandu selama berjam-jam ke kampung.
10. Cuba aktiviti masyarakat tempatan
Lain tempat, lain adat dan budaya mereka. Jadi inilah peluang kita untuk mencuba perkara baru dan mempelajari budaya-budaya masyarakat setempat. Contohnya mencuba mee kolok di Sarawak, belajar seni warisan tekat di Perak, belajar berenang seperti Bajau Laut atau mencuba gaya hidup masyarakat Orang Asli di Pahang. Keseronokan dialami pasti membuatkan anda tidak putus-putus ingin melancong di sekitar negara. Pengalaman unik ini pasti tidak dilupakan!
Akhir sekali, pastikan berpakaian dengan selesa. Bagi memudahkan anda membuat pilihan, anda boleh ke Matta Fair 2016 yang kini berlangsung di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur. Ada banyak pilihan percutian dan pempamer sepanjang pesta ini. Jangan lupa kongsikan gambar atau pengalaman anda di laman Facebook 1Malaysia atau hashtag #1malaysia dan #cuticutimalaysia.
29 Tips Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara Yang Perlu Anda Tahu . Panjangkan tips yang akan saya tulis pada post kali ini ?Sebelum bercuti atau melancong ke luar negara banyak yang perlu di lakukan. Maklumlah bukan senang nak tinggalkan rumah lama-lama. Kalau dekat tak apa sebab kita masih boleh drive dan balik.
Antara yang selalu saya buat sebelum melancong ke luar negara ada lebih kurang macam di bawah ni :
1.Bayar segala bil eletrik, air, talipon dan semua bayaran ansuran bulanan yang telah sampai di tangan kita. Bila dah bayar semua ni baru dapat berjalan tanpa risau fikirkan segala macam bil yang tertunggak.
2.Tempah tiket penerbangan seawal 6 bulan supaya dapat lebih jimat. Lagi awal lagi bagus sebab kita tak tergesa-gesa dan boleh window shopping tengok harga tiket.
3.Jika bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler,sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan.Nak murah beli saja pakaian musim sejuk terpakai atau bundle dan sampai di sana boleh shopping yang baru.
Badan, kaki, tangan sampai kepala kena hangat .Kalau pakai tudung memang ia sangat membantu sebab leher kita pun memang dah terlindung dari angin sejuk.Badan yang sejuk akan mengganggu mood bercuti.Lain-lain seperti penutup telinga dan heat pack ( di letak dalam poket baju untuk panaskan tapak tangan ) juga kalau ada bawa je.
4.Pakai boot jika ada atau kasut yang tapaknya berbunga jika negara bersalji .Kasut begini mengurangkan risiko terjatuh akibat jalan yang licin. Kos rawatan di luar negara mungkin tak sama atau lebih mahal. Beringat sebelum kena kerana tak seronok cuti masuk hospital.Mengambil insurans perjalanan adalah lebih baik malah premiumnya tidaklah mahal sangat pun.
5.Bawa adaptor dan plug international.Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita. Sesetengah handphone dan kamera terutama semasa musim sejuk akan cepat baterinya mati. Kadang-kadang semalaman caj bateri pun sekejap dah tinggal satu bar aje.Bercuti dan tak dapat merakam gambar-gambar kenangan memang menghampakan.
6.Cetak e-tiket penerbangan anda jika beli secara online.Mungkin dah save dalam handphone tapi macam macam boleh berlaku seperti handphone rosak , kena rampas waktu di pintu masuk, bateri handphone habis dan peraturan imigresen negara luar yang masih mahu melihat tiket perjalanan anda.Jangan susahkan diri kita dengan sesuatu yang menjadi peraturan yang memang kita sepatutnya dah tahu.
7.Sediakan itinerari sebelum melancong ke luar negara .Ia melancarkan program percutian kerana kita tahu ke mana kita nak pergi sepanjang berada di sana.Itinerari juga sangat membantu mempercepatkan proses kita bersoal jawab dengan imigresen . Jangan cuai di sini sebab kalau silap jawab kita mungkin akan tersangkut berjam-jam di depan pintu masuk atau di lihat seperti seorang penjenayah.
8.Cetak slip tempahan hotel, tiket bus, keretapi ,tiket amusement park atau apa saja tiket yang di beli secara online. Jika anda terlupa mencetak kos mencetak dokumen tersebut walaupun sekeping di lapangan terbang sangat mahal. Slip tempahan ini selalu di tanya oleh pegawai imigresen yang was was jika anda datang untuk bukan tujuan melancong.
9.Tulis nombor talipon kedutaan malaysia di negara kita bercuti.Mereka penting jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Simpan nombor ini di handphone dan juga buku nota kecil.
10.Jika anda memang memakai cermin mata bawa cermin mata walaupun anda rancang memakai kanta pelekap .Cuaca terlampau sejuk boleh menyebabkan mata jadi kering dan kita akan rasa tidak selesa.
11.Simpan ubat dalam satu bekas dan labelkan.Lekatkan senarai ubat di bekas atau plastik tersebut dan hanya tunjuk jika di tanya pada pegawai imigresen.Ia memudahkan pegawai imigresen memeriksa kerana mereka juga mahu cepat . Selalunya mereka juga akan bertanya samada kita nak declare apa-apa. Tidak perlu sorok apa-apa kerana ia hanya menyebabkan mereka rasa was-was dengan anda.
12.Bawa bekalan makanan yang mencukupi walaupun anda merancang makan di luar.Tidak semua kedai makanan halal senang di dapati di sesebuah negara.Jika ada sekalipun mungkin kedai tersebut tutup, jadual penerbangan berubah dan kita akan kelaparan sementara menunggu kedai makanan halal di buka semula.
13.Jimatkan ruang bagasi dengam membawa peralatan yang jenis multi purpose. Contohnya bawa sudu plastik seperti yang di beri peniaga makanan di gerai-gerai sebab ringan dan boleh di buang jika tiada air untuk di cuci. Bekas Maggi Cup jangan di buang kerana ia boleh di jadikan sebagai gelas air atau pengganti bekas air.Bawa satu cukup untuk jimatkan ruang beg .Selebihnya bawa maggi yang berbungkus 4 segi dalam plastik.
14.Bawa botol air yang boleh di lipat ke mana sahaja.Botol ni sangat berguna untuk membersihkan diri kerana tandas luar negara rata rata jenis tandas kering.Jika tidak anda pasti rasa sukar kerana tiada paip air di sediakan di dalam bilik air.
15.Makanan seperti sambal goreng tahan lama .Oleh kerana ia berminyak, masukkan dalam peket plastik kecil yang boleh di gunakan untuk sekali makan.Cara begini kita boleh agak baki makanan yang masih ada.Ia juga lebih praktikal jika kita akan pergi ke beberapa negara lain atau menetap di beberapa hotel atau penginapan.
16.Cecair yang melebihi 100 ml kebiasaannya akan di rampas jika anda membawanya ke dalam hand carry. Kita kadang-kadang terlupa dan membawa air mineral, syampoo serta losyen di dalam hand carry. Sepatutnya barang seperti ini di letakkan di dalam luggage.Beli syampu dalam peket kecik kecik yang ada di jual di kedai runcit yang berharga 50 sen jika masih mahu masukkan dalam hand carry.Ia lebih praktikal.
17.Guna simkad negara yang kita lawati kerana ia lebih jimat dari roaming. Kos roaming sangat mahal dan akan pasti terperanjat bila melihat bill yang sampai walaupun berada di luar negara tak sampai seminggu. Wsap juga menguntungkan kerana kita boleh buat call dengan percuma . Menurut rakan-rakan saya negara seperti Korea Selatan wifi ada di mana sahaja.
18.Pastikan anda membawa losyen pelembap kulit ketika musim sejuk sebab ia sangat penting tak kira anda lelaki atau perempuan. Kalau lelaki mungkin nampak macam mengada-ngada sebab kena pakai losyen tapi risiko kulit rasa gatal-gatal , merah-merah dan asyik nak menggaru akan buat kita rasa tak selesa.
Losyen minyak zaitun sangat efektif terutama jenama Minsyam dari Syiria. Hati-hati juga ye pernah terjadi pada kawan saya baru-baru ni losyen minyak zaitun yang saya tak tau jenama apa bila sampai di sana ia jadi beku ketika musim sejuk he he.
19.Perbaharui passport anda di pejabat imigresen jika tempoh sah passport kurang dari 6 bulan. Jangan renew passport pada saat saat akhir kerana kadangkala jika tak bernasib baik kita tak dapat nombor atau sistem pengurusan pejabat imigresen tak dapat berfungsi. Nak renew passport sekarang hari sabtu dan ahad pun dah boleh di sesetengah tempat.
20.Periksa samada negara yang anda bakal pergi memerlukan visa.Tempoh permohonan visa dan tarikh sah laku juga perlu di lihat sebelum melakukan permohonan. Cetak borang permohonan visa mana-mana negara yang boleh di lakukan secara online. Ambil gambar terbaru jika perlu dan bawa lebih ketika ketika memohon.
21.Tukar duit atau matawang asing di pengurup wang sebelum berlepas.Elakkan menukar wang di bank atau di lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah.Ada di sesetengah negara yang kita boleh dapat tukaran wang yang lebih tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan kemudahan untuk menukar wang di negara tersebut. Sedikit matawang asing negara tersebut mesti di bawa bersama untuk mengelakkan kita menghadapi kesusahan menukar wang .
22.Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya satu jam sebelum check in. Kadang-kadang macam-macam boleh berlaku seperti jalan sesak , tak dapat teksi atau kereta rosak sewaktu dalam perjalanan. Rancang pengangkutan yang betul ke lapangan terbang supaya kita tak terkejar-kejar jika ada barang penting yang tertinggal.
23.Bawa sekurang-kurangnya satu atau dua kad kredit atau kad debit sebagai back up. Ada masa salah satu kad tak dapat di gunakan atas masalah teknikal maka kad lagi satu ada sebagai ganti.Baca kepentingan membawa kad kredit ketika di luar negara di post saya yang terdahulu.
24.Aktifkan kad debit atau kad kredit dengan bank anda sebelum bercuti. Tak susah pun sebab hanya perlu call pihak bank dan maklumkan tarikh kita nak ke luar negara . Selalunya pihak bank akan aktifkan kad kredit atau kad debit kita sehari sebelum kita berlepas dan sehari selepas kita balik ke Malaysia.
Kita juga sebenarnya boleh mengaktifkan sendiri kad kredit atau kad debit menggunakan internet banking seperti di CIMB Clicks dan Maybank2u.
25.Periksa cuaca negara yang kita lawati jika negara tersebut mempunyai 4 musim. Lihat berapa suhu yang di jangkakan di laman web ramalan cuaca kerana ia memberikan kita signal berjaga-jaga.
26.Sebelum menempah tiket kapal terbang lihat samada negara yang anda lawati itu sedang di dalam tarikh cuti awam , cuti kemerdekaan atau apa-apa event yang mereka ada. Sebagai contoh jika kita ke Vietnam ketika hari kemerdekaan negara mereka sedangkan waktu itu kita mahu memborong pakaian.Kita rugi kerana kedai yang dibuka sangat kurang sebab peniaga masih bercuti dan jika ada sekalipin kita mungkin terpaksa membayar lebih kerana tidak banyak pilihan yang ada.
27.Semak status perjalanan kita dengan imigresen sebelum ke mana-mana. Kalau ada hutang tertunggak dengan kerajaan cukai seperti cukai pendapatan atau PTPTN semak dulu di laman web imigresen.
28.Ketika di lapangan terbang, jangan sekali-kali meninggalkan bagasi kita tanpa sebarang pengawasan. Jangan juga kita terlalu baik hati memberi pertolongan menjaga beg orang lain yang tidak kita kenali kerana jika ada barang terlarang silap haribulan anda merengkok dalam penjara.
29.Sediakan duit secukupnya untuk sepanjang anda berada di luar negara samada di tangan atau di dalam akaun. Duit perbelanjaan keluarga dan kad ATM juga harus di peruntukkan jika kita pergi bukan dengan famili.Bila kita tinggalkan keluarga dengan duit yang mencukupi hati kita rasa senang.
Kesemua 29 tips penting sebelum melancong di atas memang menjadi persediaan saya sebelum pergi bercuti ke mana-mana. Ia memudahkan kita memastikan semua perkara penting telah di lakukan supaya percutian berjalan dengan lancar.
7 Tips Wanita Mengandung Naik Kapalterbang | Hari ni dah masuk malam ke 27 kita semua berpuasa. Sambil rehat-rehat selepas balik dari SSM daftarkan syarikat baru semalam , saya terima mesej dari pembaca blog ni tentang keselamatan menaiki kapal terbang . Mungkin beliau takut terjadi apa-apa dan tak biasa.
Pernah terjadi beberapa tahun lepas ada kes wanita yang sedang mengandung tak di benarkan menaiki kapalterbang kerana telah melanggar syarat tersebut. Rasanya ia bergantung pada budi bicara syarikat penerbangan juga jika ia situasi kecemasan. Bagaimanapun sebagai seorang penumpang kita seharusnya sudah peka dengan syarat tersebut.
Dalam terms & condition mana mana syarikat penerbangan sendiri pun memang ada syarat-syarat yang harus di patuhi untuk setiap penumpang yang mahu menaiki kapal terbang . Saya pun pernah jugak belek-belek dan baca terms tu masa nak tempah tiket. Selamat ke tak wanita mengandung naik kapal terbang masa tu jom teruskan membaca .
Terbang ketika awal kehamilan
Selalunya masa awal kehamilan ni orang perempuan memang mudah keguguran. Tidak kira semasa menaiki kapal terbang , naik bas, naik kereta atau ketika berjalan sekali pun mereka terdedah dengan risiko keguguran. Jika di awal mengandung ni tak di sebut tidak di benarkan dalam syarat syarat penerbangan maka pada pada pandangan saya ia masih selamat. Saya bukan doktor nak kata yes and no.
Bagaimanpun saya nasihatkan call dulu syarikat penerbangan tentang status kita sebelum menempah tiket. Jika okay bolehkan teruskan membuat tempahan. Dalam masa yang sama lebih baik standby surat pengesahan dari doktor yang mengesahkan kita fit untuk menaiki kapal terbang. Lebih baik bertanya dari awal supaya tak ada masalah ketika nak check in.
Jika anda hendak pergi berjalan di suatu tempat yang memerlukan anda mempunyai vaksin, dapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu.
Jika kita teliti polisi Airasia tentang tempahan tiket untuk wanita mengandung naik kapalterbang, ada di sebut 3 perkara di bawah :
Kalau masa menaiki flight usia kandungan di bawah 27 minggu, sewaktu check in kita mesti isi Airasia imited Liability Statement iaitu borang khas yang mengesahkan bahawa Airasia tidak akan bertanggungjawab dengan segala kemungkinan sewaktu penerbangan.
Jika usia kandungan antara 28- 34 minggu , selain borang khas tadi surat dari doktor yang mengesahkan usia kandungan juga di perlukan . Sijil atau surat doktor tersebut mestilah bertarikh tidak lebih dari 30 hari semasa tarikh pergi dan tarikh balik
Usia kandungan 35 minggu ke atas tidak di benarkan menaiki kapalterbang
7 Tips wanita mengandung naik kapalterbang
1.Apabila menempah tiket penerbangan anda, pastikan untuk kita memberitahu status kehamilan. Tak perlukan sorokkan apa-apa untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini. Selalunya jadi begini bila perut masih kecil dan tidak kelihatan seperti orang sedang mengandung.
2..Kebanyakan syarikat penerbangan akan memerlukan sijil atau surat daripada doktor anda jika anda merancang untuk melancong 28 minggu dan seterusnya kehamilan. Surat itu mesti menyatakan tarikh bersalin anda dan mengesahkan bahawa tiada komplikasi dalam kehamilan anda dan bahawa anda adalah sihat untuk terbang. Semak dengan syarikat penerbangan terlebih dahulu kerana mungkin ada polisi yang sedikit berlainan antara sesebuah syarikat penerbangan walaupun secara amnya ia lebih kurang sama.
3. Pilih tempah tempat duduk di bahagian aisle iaitu berdekatan lorong supaya anda boleh bergerak tanpa mengganggu penumpang kedua-dua belah anda jika anda perlu menggunakan tandas atau bergerak.
4.Wanita mengandung naik kapalterbang juga lebih mudah terdedah kepada dehidrasi atau kekurangan air , jadi pastikan anda minum banyak air kosong. Bawa air minuman sendiri supaya anda boleh minum bila bila waktu terutama ketika baru memasuki kapalterbang.
5. Bawa makanan ringan atau buah segar sebagai bekalan di sepanjang penerbangan. Makanan seperti kurma sangat bagus kerana ia dapat memberikan tenaga dengan lebih cepat .
6.Pakai pakaian yang longgar untuk keselesaan . Mana-mana wanita mengandung naik kapalterbang juga patut elakkan memakai kasut bertumit tinggi . Ia menyiksakan badan malah membahayakan kesihatan dan keselamatan jika kaki terpelecok .Jika memakai kasut bertali pula biarlah yang mudah di laraskan jika kaki kita membengkak.
7.Sesuaikan tali pinggang keledar supaya ia adalah di bawah benjolan anda supaya anda rasa lebih selesa. Wanita mengandung naik kapalterbang juga perlu patuh kepada garis panduan kesihatan dan keselamatan yang sama seperti orang lain.
Kesimpulannya selamat atau tidak menaiki kapal terbang bergantung pada tahap kesihatan wanita tersebut . Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab wanita mengandung mematuhi peraturan yang di kenakan kerana status mereka yang istimewa . Jika mereka ambil mudah dan melanggar syarat tersebut, bukan sahaja ia membahayakan kesihatan mereka sendiri malah ia bakal menyusahkan penumpang yang lain.
PS : Secara peribadi saya lebih menyarankan wanita mengandung berehat di rumah terutama di hujung kehamilan. Jika perlu gunakan pengangkutan yang lain . Apa pendapat anda pula ?