Thursday 22 September 2016

29 Tips Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara.








tips- penting-sebelum- melancong

29 Tips Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara Yang Perlu Anda Tahu . Panjangkan tips yang akan saya tulis pada post kali ini ?Sebelum bercuti atau melancong  ke luar negara banyak yang perlu di lakukan. Maklumlah bukan senang nak tinggalkan rumah lama-lama. Kalau dekat tak apa sebab kita masih boleh drive dan balik.
Antara yang selalu saya buat sebelum melancong ke luar negara ada lebih kurang  macam di bawah ni :
1.Bayar segala bil eletrik, air, talipon dan semua bayaran ansuran bulanan yang telah sampai di tangan kita. Bila dah bayar semua ni baru dapat berjalan tanpa risau fikirkan segala macam bil yang tertunggak.
2.Tempah  tiket penerbangan seawal 6 bulan supaya dapat lebih jimat. Lagi awal lagi bagus sebab kita tak tergesa-gesa dan boleh window shopping tengok harga tiket.
3.Jika bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler,sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan.Nak murah beli saja pakaian musim sejuk terpakai atau bundle dan sampai di sana boleh shopping yang baru.
Badan, kaki, tangan sampai kepala kena hangat .Kalau pakai tudung memang ia sangat membantu sebab leher kita pun memang dah terlindung dari angin sejuk.Badan yang sejuk akan mengganggu mood bercuti.Lain-lain seperti penutup telinga dan heat pack ( di letak dalam poket baju untuk panaskan tapak tangan ) juga kalau ada bawa je.
4.Pakai boot jika ada atau kasut yang tapaknya berbunga jika negara bersalji .Kasut begini mengurangkan risiko terjatuh akibat jalan yang licin. Kos rawatan di luar negara mungkin tak sama atau lebih mahal. Beringat sebelum kena kerana tak seronok cuti masuk hospital.Mengambil insurans perjalanan adalah lebih baik malah premiumnya tidaklah mahal sangat pun.
5.Bawa adaptor dan plug international.Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita. Sesetengah handphone dan kamera terutama semasa musim sejuk akan cepat baterinya mati. Kadang-kadang semalaman caj bateri pun sekejap dah tinggal satu bar aje.Bercuti dan tak dapat merakam gambar-gambar kenangan memang menghampakan.

6.Cetak e-tiket penerbangan anda jika beli secara online.Mungkin dah save dalam handphone tapi macam macam boleh berlaku seperti handphone rosak , kena rampas waktu di pintu masuk, bateri handphone habis dan peraturan imigresen negara luar yang masih mahu melihat tiket perjalanan anda.Jangan susahkan diri kita dengan sesuatu yang menjadi peraturan yang memang kita sepatutnya dah tahu.
7.Sediakan itinerari sebelum melancong ke luar negara .Ia melancarkan program percutian kerana kita tahu ke mana kita nak pergi sepanjang berada di sana.Itinerari juga  sangat membantu mempercepatkan proses kita bersoal jawab dengan imigresen . Jangan cuai di sini sebab kalau silap jawab kita mungkin akan tersangkut berjam-jam di depan pintu masuk atau di lihat seperti seorang penjenayah.
8.Cetak slip tempahan hotel, tiket bus, keretapi ,tiket amusement park atau apa saja  tiket yang di beli secara online. Jika anda terlupa mencetak kos mencetak dokumen tersebut walaupun sekeping di lapangan terbang sangat mahal. Slip tempahan ini selalu di tanya oleh pegawai imigresen yang was was jika anda datang untuk bukan tujuan melancong.
9.Tulis nombor talipon  kedutaan malaysia di negara kita bercuti.Mereka penting jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Simpan nombor ini di handphone dan juga buku nota kecil.
10.Jika anda memang memakai cermin mata bawa cermin mata walaupun anda rancang memakai kanta pelekap .Cuaca terlampau sejuk boleh menyebabkan mata jadi kering dan kita akan rasa tidak selesa.
11.Simpan ubat dalam satu bekas dan labelkan.Lekatkan senarai ubat di bekas atau plastik tersebut dan hanya tunjuk jika di tanya pada pegawai imigresen.Ia memudahkan pegawai imigresen memeriksa kerana mereka juga mahu cepat . Selalunya mereka juga akan bertanya samada kita nak declare apa-apa. Tidak perlu sorok apa-apa kerana ia hanya menyebabkan mereka rasa was-was dengan anda.
12.Bawa bekalan makanan yang mencukupi walaupun anda merancang makan di luar.Tidak semua kedai makanan halal senang di dapati di sesebuah negara.Jika ada sekalipun mungkin kedai tersebut tutup, jadual penerbangan berubah dan kita akan kelaparan sementara menunggu kedai makanan halal di buka semula.
13.Jimatkan ruang bagasi dengam membawa peralatan yang jenis multi purpose. Contohnya bawa sudu plastik seperti yang di beri peniaga makanan di gerai-gerai  sebab ringan dan boleh di buang jika tiada air untuk di cuci. Bekas Maggi Cup jangan di buang kerana ia boleh di jadikan sebagai gelas air atau pengganti bekas air.Bawa satu cukup untuk jimatkan ruang beg .Selebihnya bawa maggi yang berbungkus 4 segi dalam plastik.
14.Bawa botol air yang boleh di lipat ke mana sahaja.Botol ni sangat berguna untuk membersihkan diri kerana tandas luar negara rata rata jenis tandas kering.Jika tidak anda pasti rasa sukar kerana tiada paip air di sediakan di dalam bilik air.
15.Makanan seperti sambal goreng tahan lama .Oleh kerana ia berminyak, masukkan dalam peket plastik kecil yang boleh di gunakan untuk sekali makan.Cara begini kita  boleh agak baki makanan yang masih ada.Ia juga lebih praktikal jika kita akan pergi ke beberapa negara lain atau menetap di beberapa hotel atau penginapan.
16.Cecair yang melebihi 100 ml kebiasaannya akan di rampas jika anda membawanya ke dalam hand carry. Kita kadang-kadang terlupa dan  membawa air mineral, syampoo serta losyen di dalam hand carry. Sepatutnya barang seperti ini di letakkan di dalam luggage.Beli syampu dalam peket kecik kecik yang ada di jual di kedai runcit yang berharga 50 sen jika masih mahu masukkan dalam hand carry.Ia lebih praktikal.
17.Guna simkad negara yang kita lawati kerana ia lebih jimat dari roaming. Kos roaming sangat mahal dan akan pasti terperanjat bila melihat bill yang sampai walaupun berada di luar negara tak sampai seminggu. Wsap juga menguntungkan kerana kita boleh buat call dengan percuma . Menurut rakan-rakan saya negara  seperti Korea Selatan wifi ada di mana sahaja.
18.Pastikan anda membawa losyen pelembap kulit ketika musim sejuk sebab ia sangat penting tak kira anda lelaki atau perempuan. Kalau lelaki mungkin nampak macam mengada-ngada sebab kena pakai losyen tapi risiko kulit rasa gatal-gatal , merah-merah dan asyik nak menggaru akan buat kita rasa tak selesa.
Losyen minyak zaitun sangat efektif terutama jenama Minsyam dari Syiria. Hati-hati juga ye pernah terjadi pada kawan saya baru-baru ni  losyen minyak zaitun yang saya tak tau jenama apa bila sampai di sana ia jadi beku ketika musim sejuk he he.
19.Perbaharui passport anda di pejabat  imigresen jika tempoh sah passport kurang dari 6 bulan. Jangan renew passport pada saat saat akhir kerana kadangkala jika tak bernasib baik kita tak dapat nombor atau  sistem pengurusan pejabat imigresen tak dapat berfungsi. Nak renew passport sekarang hari sabtu dan ahad pun dah boleh di sesetengah tempat.
20.Periksa samada negara yang anda bakal pergi memerlukan visa.Tempoh permohonan visa dan tarikh sah laku juga perlu di lihat sebelum melakukan permohonan. Cetak borang permohonan visa mana-mana negara yang boleh di lakukan secara online. Ambil gambar terbaru jika perlu dan bawa lebih ketika ketika memohon.
21.Tukar duit atau matawang asing di pengurup wang sebelum berlepas.Elakkan menukar wang di bank atau di lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah.Ada di sesetengah negara yang kita boleh dapat tukaran wang yang lebih tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan kemudahan untuk menukar wang di negara tersebut. Sedikit matawang asing negara tersebut mesti di bawa bersama untuk mengelakkan kita menghadapi kesusahan menukar wang .
22.Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya satu jam sebelum check in. Kadang-kadang macam-macam boleh berlaku seperti  jalan sesak , tak dapat teksi atau kereta rosak sewaktu dalam perjalanan. Rancang pengangkutan yang betul ke lapangan terbang supaya kita tak terkejar-kejar jika ada barang penting yang tertinggal.
23.Bawa sekurang-kurangnya satu atau dua kad kredit atau kad debit sebagai back up. Ada masa salah satu kad tak dapat di gunakan atas masalah teknikal maka kad lagi satu ada sebagai ganti.Baca kepentingan membawa kad kredit ketika di luar negara di post saya yang terdahulu.
24.Aktifkan kad debit atau kad kredit dengan bank anda sebelum bercuti. Tak susah pun sebab hanya perlu call pihak bank dan maklumkan tarikh kita nak ke luar negara . Selalunya pihak bank akan aktifkan kad kredit atau kad debit kita sehari sebelum kita berlepas dan sehari selepas kita balik ke Malaysia.
Kita juga sebenarnya boleh mengaktifkan sendiri kad kredit atau kad debit menggunakan internet banking seperti di CIMB Clicks dan Maybank2u.
25.Periksa cuaca negara yang kita lawati jika negara tersebut mempunyai 4 musim. Lihat berapa suhu yang di jangkakan di laman web ramalan cuaca kerana ia memberikan kita signal berjaga-jaga.
26.Sebelum menempah tiket kapal terbang lihat samada negara yang anda lawati itu sedang di dalam tarikh cuti awam , cuti kemerdekaan atau apa-apa event yang mereka ada. Sebagai contoh jika kita ke Vietnam ketika hari kemerdekaan negara mereka sedangkan waktu itu kita mahu memborong pakaian.Kita rugi kerana kedai yang dibuka sangat kurang sebab peniaga masih bercuti dan jika ada sekalipin kita mungkin terpaksa membayar lebih kerana tidak banyak pilihan yang ada.
27.Semak status perjalanan kita dengan imigresen sebelum ke mana-mana. Kalau ada hutang tertunggak dengan kerajaan cukai seperti cukai pendapatan atau PTPTN semak dulu di laman web imigresen.
28.Ketika di lapangan terbang, jangan sekali-kali meninggalkan bagasi kita tanpa sebarang pengawasan. Jangan juga kita terlalu baik hati memberi pertolongan menjaga beg orang lain yang tidak kita kenali kerana jika ada barang terlarang silap haribulan anda merengkok dalam penjara.
29.Sediakan duit secukupnya untuk sepanjang anda berada di luar negara samada di tangan atau di dalam akaun. Duit perbelanjaan keluarga dan kad ATM  juga harus di peruntukkan jika kita pergi bukan dengan famili.Bila kita tinggalkan keluarga dengan duit yang mencukupi hati kita rasa senang.
Kesemua 29 tips penting sebelum melancong di atas memang menjadi persediaan saya sebelum pergi bercuti ke mana-mana. Ia memudahkan kita memastikan semua perkara penting telah di lakukan supaya percutian  berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment